Saya bahagikan kepada 3 proses iaitu pre-waxing, during waxing, after waxing.
PRE-WAXING/SEBELUM WAXING
1) Pastikan kulit anda dalam keaadaan yang baik tanpa sebarang iritasi atau luka dan bulu cukup panjang.
2) 1-3 hari sebelum anda mahu menggunakan wax, pastikan anda "exfoliate" kulit anda dengan menggunakan scrub, berus mandi/loofah, atau tuala lembap untuk menanggalkan sel-sel mati.
DURING WAXING/ SEMASA WAXING
1) Sapu bedak/tepung jagung bagi rata untuk menyerap sebarang minyak atau kelembapan pada kulit anda dan memberi extra keselamatan kepada bahagian yang sensitif.
2) Sapu wax ikut arah pertumbuhan bulu anda secukupnya dengan rata tutup bulu.(Tidak terlalu tebal atau nipis)
3) Tampalkan kain dan gosok dalam 3-5 saat.
4) Tegangkan kulit dan tarik kain berlawanan arah sapuan wax sepantas kilat.(Jangan tarik slow-slow ya, lagi sakit!)
AFTER WAXING/SELEPAS WAXING
1) Urutkan kulit anda dengan sebarang minyak seperti minyak zaitun, minyak kelapa, minyak argan, tea tree oil ataupun aloe vera gel untuk melegakan sebarang kemerahan/kesakitan.
2) Anda boleh jugak manjakan kulit dengan meletakkan ais pada kulit anda :)
3) 1-3 hari selepas wax, jangan lupa exfoliate kulit anda ya untuk mengurangkan "ingrown hair" aka jerawat yg biasa tumbuh selepas bercukur/mencabut akibat sel-sel mati yg menghalang bulu untuk tumbuh dengan sempurna!
Video Tutorial
step by step waxing kaki (B. Malaysia)
tutorial ringkas (Bahasa Malaysia)
Tutorial waxing kaki (english)
Tutorial waxing ketiak (english)
Wajib klik http://tipsbyrahimah.blogspot.my/2017/03/tips-bonus-waxing-wajib-baca.html untuk tips lebih lanjut.
Wajib klik http://tipsbyrahimah.blogspot.my/2017/03/tips-bonus-waxing-wajib-baca.html untuk tips lebih lanjut.
segera hubungi saya www.wasap.my/601132922910
Terima kasih :)
No comments:
Post a Comment